Kempen 'Beli Barangan Buatan Malaysia' Akan Dihidupkan Semula: Ismail

Diterbitkan: Selasa, 16 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kempen 'Beli Barangan Malaysia' yang menekankan aspek patriotisme akan dihidupkan semula pada bulan depan atau Mei, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Bertemakan 'Pengguna Patriotik', kempen itu bertujuan menggalakkan pengguna tempatan mencintai, membeli dan menggunakan barangan buatan Malaysia," katanya kepada pemberita selepas melancarkan telefon bimbit model Q292 bercirikan Islam keluaran syarikat tempatan Ad-Deen Technology Sdn Bhd di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau berharap kempen itu mampu mengubah sikap pengguna tempatan yang kelihatan cenderung membeli barangan luar negara.

Katanya, pengguna Malaysia seharusnya mencontohi pengguna Korea Selatan yang begitu berbangga membeli dan menggunakan barangan buatan negara mereka berbanding barangan import.

"Banyak faedah sekiranya pengguna membeli barangan Malaysia, antaranya ia akan menghasilkan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan, negara dapat mengurangkan kos mengimpot barangan dari luar negara dan membantu pihak industri barangan buatan tempatan," katanya.

Sementara itu, Pengurus Eksekutif Ad-Deen Technology Sdn Bhd Megat Radzman Megat Khairuddin berkata, syarikat itu mensasarkan untuk menjual 40,000 unit telefon bimbit model Q292 untuk pasaran di Malaysia pada tahun ini.

Setakat ini katanya, pihaknya telah menerima tempahan yang memberangsangkan dari luar negara bagi model itu iaitu sebanyak 200,000 unit dari Indonesia dan 200,000 unit lagi dari Dubai.

Model itu yang berharga RM399 seunit mempunyai fungsi penunjuk arah kiblat, waktu sembahyang, bacaan-bacaan al-Quran dan Hadis dan bacaan-bacaan doa. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan