Umat Islam Diingatkan Jangan Terpengaruh Amalan Sunnah Tidak Jelas

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Umat Islam di negara ini dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak tertentu yang menjadikan agama sebagai alasan untuk melakukan amalan sunnah yang tidak jelas termasuk berkahwin dengan kanak-kanak di bawah umur.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mejar Jeneral Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, mereka sepatutnya bijak membuat penilaian dan tidak mudah terpedaya dengan cara seseorang itu berpakaian serta berperwatakan alim sedangkan hakikatnya mereka tidak mempunyai asas agama yang kuat.

"Sebab itu saya berharap kita jangan lekas buat keputusan setiap perkara itu sunnah sedangkan perkara itu sendiri bukan sunnah yang dilakukan oleh Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup forum "Sensitiviti Agama dan Implikasi kepada Pemikiran Umat Islam Masa Kini" di sini semalam. Turut dihadiri oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail.

Jamil Khir demikian ketika diminta mengulas perkahwinan kanak-kanak Siti Nur Zubaidah Hussin, 11 tahun, yang berasal dari Dabong, Kuala Krai, Kelantan dengan seorang lelaki tabligh berumur 41 tahun pada 20 Februari lepas.

Dalam kejadian itu, kanak-kanak berkenaan telah dikahwinkan oleh ayahnya sendiri Hussin Mat Salleh, 54, dengan Shamsuddin Che Deraman selepas percaya bahawa perbuatan itu mengikut sunnah Nabi Muhammad.

Lelaki yang digelar "Shamsuddin Ajaib" itu juga dikatakan telah mengatur perkahwinan anak perempuannya sendiri yang berusia 10 tahun dengan rakannya yang dikenali sebagai Azhar pada 19 Februari lalu.

Selepas berkahwin, Siti Nur Zubaidah telah dilarikan, sebelum dijumpai ditinggalkan di Masjid Al-Ikhwan di Taman Samudera, Kepong, Kuala Lumpur petang semalam.

Jamil Khir berkata, kerajaan sentiasa mengambil berat dan memandang serius dalam hal-hal seperti itu dan tindakan sewajarnya sedang diambil terhadap mereka yang terlibat.

Beliau berkata, semua negeri mempunyai Enakmen Keluarga Islam di mana anak perempuan yang ingin berkahwin hendaklah berumur 16 tahun ke atas manakala yang berumur 16 tahun ke bawah mesti mendapatkan kebenaran mahkamah syariah negeri terlebih dahulu. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan