Tuanku Mizan Sifatkan MEB Berpandangan Jauh, Seru Rakyat Sam-Sama Jayakannya

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUANKU Mizan turut bertitah, bagi menyokong matlamat untuk memacu pelaksanaan model ekonomi baru itu, pembangunan sektor tenaga akan diberi tumpuan bagi memastikan bekalan tenaga yang terjamin, kos efektif dan mesra alam.

"Dasar tenaga yang baru akan digubal meliputi usaha mempelbagaikan sumber tenaga negara terutamanya hidro dan sumber tenaga boleh diperbaharu serta mendorong penggunaan tenaga secara cekap dan pengagihan secara kos efektif.

"Peralihan kepada pembangunan tenaga berasaskan teknologi hijau adalah satu langkah yang bijak dan berpandangan jauh," titah baginda.

Baginda bertitah teknologi hijau akan memainkan peranan penting sebagai jentera pertumbuhan baru negara dan pelbagai insentif telah diambil untuk memacu pembangunan teknologi berkenaan termasuk menyediakan pelbagai insentif kepada syarikat-syarikat pembekal dan memanfaatkan teknologi tersebut.

Menurut baginda, Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan dan pantas dalam memberi respons serta bertintegriti amat penting untuk menyokong peralihan kepada model ekonomi baru. "Oleh itu, Beta menyeru supaya inovasi menyeluruh dilaksanakan bagi mentransformasikan sistem penyampaian Perkhidmatan Awam. Ini adalah selaras dengan peranannya sebagai pemudah cara kepada masyarakat perniagaan dan pelabur," titah baginda.

Sementara itu, baginda menyatakan rasa bangga dengan kepakaran Malaysia dalam perbankan Islam dan kedudukan Malaysia sebagai pusat sukuk terbesar dunia dengan menguasai lebih 60 peratus pasaran sukuk global.

"Pemulihan ekonomi global hendaklah digunakan sebagai peluang untuk menarik lebih banyak syarikat menjadikan Malaysia sebagai pusat untuk menerbitkan sukuk, memandangkan Malaysia mempunyai prasarana dan persekitaran pasaran yang kondusif," titah baginda.

Baginda juga bertitah usaha kerajaan meliberalisasikan peraturan berkaitan sektor pembuatan dan perkhidmatan secara komprehensif dan garis panduan berkaitan pemilikan ekuiti asing, akan meningkatkan lagi proses pemindahan teknologi dan bina upaya tempatan selain langkah itu menggalakkan lagi pelaburan asing dan memperkukuhkan keupayaan serta daya saing industri tempatan.

Tuanku Mizan turut sukacita sektor pelancongan terus kekal menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sumber pendapatan pertukaran wang asing.

"Langkah-langkah akan terus dipertingkatkan untuk menggalakkan kedatangan pelancong yang berbelanja besar dan tinggal lebih lama dengan menggiatkan pembangunan produk-produk pelancongan yang berimpak tinggi," titah baginda.

Dalam usaha untuk memperkasa dan mentransformasikan sektor pertanian, baginda bertitah satu dasar baru berkaitan sektor agromakanan akan digubal yang akan meliputi usaha-usaha ke arah meningkatkan pengeluarkan makanan tempatan bagi menjamin bekalan makanan yang selamat dan mencukupi, meningkatkan produktiviti dan daya saing serta melibatkan penyertaan aktif pihak swasta.

Baginda bertitah kerajaan juga akan terus menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam sektor komoditi bagi menghasilkan teknologi dan inovasi yang boleh meningkatkan produktiviti sektor tersebut manakala penghasilan produk-produk baru bernilai tambah tinggi dan penerokaan pasaran baru turut diberikan penekanan.

"Kerajaan Beta juga akan memberikan tumpuan kepada pembangunan industri aeroangkasa dengan menjadikan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang sebagai Pusat Aeroangkasa Antarabangsa Malaysia," titah baginda.

Tuanku Mizan turut bertitah bahawa usaha kerajaan untuk beralih pantas kepada ekonomi berasaskan pengetahuan dan merancakkan aktiviti K-intensif memerlukan rangkaian infostruktur berkualiti tinggi.

"Sehubungan ini, Beta berharap sasaran penembusan jalur lebar kepada 50 peratus daripada isi rumah dan liputan selular kepada 97 peratus kawasan berpenduduk dapat dicapai pada akhir tahun ini," titah baginda. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan