Tindakan Tegas Jika China Press Gagal Beri Alasan Munasabah: Hishammuddin

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan tegas akan diambil terhadap akhbar China Press sekiranya ia gagal mengemukakan alasan munasabah kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung laporannya mengenai peletakan jawatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, selain mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar itu Sabtu lepas, KDN juga telah meminta wakil daripada syarikat akhbar berkenaan untuk hadir ke kementerian pagi ini untuk memberi penjelasan.

"Apa yang kita lakukan ini sama dengan yang kita buat dengan Al-Islam dan The Star. Kalau penjelasan yang diberi munasabah, kita akan melihatnya dalam konteks ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen selepas majlis perasmian persidangan penggal ketiga Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini.

Ditanya tentang bentuk tindakan yang akan dikenakan sekiranya akhbar itu didapati bersalah, Hishammuddin berkata, terdapat banyak tindakan yang boleh diambil yang ditentukan oleh pihak penguatkuasaan.

"Dalam hal ini, penting seperti yang dititahkan Tuanku (Tuanku Mizan) sendiri. Hak bersuara dan kebebasan membuat liputan dalam landskap yang baru mestilah bersandarkan kepada prinsip-prinsip tertentu dan yang paling asas, mestilah benar," katanya.

China Press melaporkan bahawa Musa akan bersara sebelum sambutan Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempatnya akan diganti oleh Timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Akhbar itu yang memetik sumber, melaporkan Perdana Menteri dan Hishammuddin telah menerima surat peletakan jawatan. Musa dan Hishammuddin menafikan laporan tersebut.

Mengenai soal kepimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hishammuddin tidak menafikan proses transisi sedang berlaku yang masanya ditentukan oleh kerajaan.

"Dalam hal ini ia tidak berkisar kepada IGP (Ketua Polis Negara) sahaja kerana ada empat lagi pengarah daripada tujuh bahagian PDRM yang akan bersara tahun ini. Malah seorang daripadanya telah pun ambil cuti seperti biasa sebelum tarikh persaraan mereka," katanya.

Justeru katanya, proses peralihan yang sedang berjalan dilihat sebagai satu bab baru dalam PDRM tetapi tidak harus disandarkan kepada sesuatu jawatan atau individu sahaja.

"Saya sudah tahu siapa ganti IGP, saya sudah tahu siapa akan ganti Datuk Koh (Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Koh Hong Sun) di Jenayah Komersial dan sebagainya.

"Jadi tidak perlulah kita buat spekulasi, lagi-lagi membuat liputan yang tidak ada asas langsung," kata Hishammuddin. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan