Pengusaha Restoran Dakwa Ada AJK Presma Bukan Warga Tempatan - Berita Semasa | mStar

Pengusaha Restoran Dakwa Ada AJK Presma Bukan Warga Tempatan

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pengusaha restoran mendakwa beberapa ahli jawatankuasa tertinggi (AJK) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) tidak layak memegang jawatan itu memandangkan mereka bukan warganegara.

Kamarul Jaman Seeni Mohideen, 44, berkata, beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 11 Mac lepas dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kuala Lumpur pada 5 Mac.

Katanya, undang-undang pendaftaran Presma yang mempunyai 2,400 anggota menyatakan hanya ahli yang memegang status warganegara sahaja yang layak untuk memegang jawatan tertinggi dalam pertubuhan itu.

"Di dalam senarai jawatankuasa yang dikeluarkan oleh setiausaha PRESMA (selepas pemilihan pada November) mendapati sesetengah dari mereka bukan warganegara dan memegang status penduduk tetap," katanya di sini hari ini.

Kamarul, yang telah 18 tahun menyertai pertubuhan itu berkata, perkara itu telah dimaklumkan kepada presiden persatuan pada 16 November lalu tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

Sementara itu, Presiden Presma, Noorul Hassan Saul Hameed ketika dihubungi berkata, semua keputusan bagi pemilihan AJK telah dimaklumkan kepada pihak Pendaftaran Pertubuhan dan tidak terdapat sebarang masalah yang timbul.

"AJK dipilih oleh suara majoriti dan pihak pendaftaran tidak ada masalah selagi mereka tidak melanggar undang-undang," tambah beliau. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan