Pembaca Mula Menyedari Kehadiran Mingguan mStar

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Orang ramai yang berkunjung ke pasar raya Giant tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Mingguan mStar. Foto THE STAR Oleh SAM THAM LAI YOONG
Orang ramai yang berkunjung ke pasar raya Giant tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan Mingguan mStar. Foto THE STAR Oleh SAM THAM LAI YOONG

PETALING JAYA: Kunjungan pasukan promosi akhbar Mingguan mStar ke pasar raya Giant di Kelana Jaya semalam mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai yang berkunjung ke pasar raya itu.

Tinjauan mStar Online mendapati rata-rata pengujung yang ditemui mengakui teruja dengan kandungan akhbar itu dan sudah menyedari kehadiran akhbar berbahasa Melayu sisipan Sunday Star yang sudah masuk edisi ketiga minggu ini.

Sebanyak 500 naskhah yang diberikan secara percuma di pasar raya Giant habis dalam tempoh dua jam.

Lebih menarik apabila cabutan bertuah turut diadakan bagi menarik minat pengunjung ke gerai promosi Mingguan mStar.

Edaran percuma dan tinjauan akhbar itu turut diadakan di gedung membeli belah Wangsa Walk Mall di Wangsa Maju.

Pakar perubatan, Dr. Thilagavathi, 48 berkata, usaha The Star menerbitkan akhbar berbahasa Melayu untuk disisipkan dalam Sunday Star adalah satu usaha tepat.

"Saya sendiri melanggan The Star setiap hari, dengan adanya Mingguan mStar sekurang-kurangnya dapat memupuk rasa cinta anak-anak saya yang turut membaca The Star dalam memantapkan penguasaan bahasa Melayu," katanya.

Doktor di sebuah hospital swasta itu turut berkata, kandungan yang dipaparkan dalam Mingguan mStar menarik dan berinformasi.

"Satu kelainan, pengisiannya juga semasa dan saya menyukai ruangan bersama Chef Wan," ujarnya lagi.

Sementara itu, usahawan Rudzana Ramli,38, berkata, penerbitan Mingguan mStar oleh akhbar The Star adalah mengejutkan dan beliau gembira dengan perkembangan terbaru itu.

"Ramai orang Melayu yang membaca The Star sebenarnya. Dengan adanya akhbar berbahasa Melayu ini saya pasti akan meningkatkan lagi pembaca kaum Melayu terhadap akhbar Sunday Star," katanya.

Jatuh cinta dengan Mingguan mStar sejak edisi pertama dikeluarkan, tambahnya, beliau teruja dengan kolum gaya hidup trendi dan ruangan hiburan.

"Saya sangat sukakan ruangan Gaya Hidup Trendi kerana saya seorang yang gilakan gajet. Selain itu, bagi saya idea muka belakang untuk ruangan hiburan sangat menarik.

"Idea 'Marilyn Monroe'minggu ini sangat menarik selain konsep Avatar pada minggu pertama. Apa lagi selepas ini?," ujarnya lagi.

Sementara itu, Savithiri, 50, seorang peguam berkata, artikel yang dipaparkan dalam Mingguan mStar sangat menarik dan lain dari yang lain.

"Untuk hari Ahad, kita mahukan sesuatu yang santai dan tidak membebankan otak. Cerita mengenai kes politik dan kes pembunuhan bukan sesuatu yang saya nantikan untuk hari minggu saya," katanya.

Ditanya mengenai ruangan yang menambat hatinya, beliau memberitahu beliau sukakan ruangan kembara, kolum Sharifah Shawati, Kemas Rapi dan kolum Tip Kecantikan.

"Pada usia saya sekarang, ruangan tersebut dapat membantu saya mendapatkan tip terbaru untuk memperbaiki gaya," ujarnya.

Bagi Mohamad Husaini, 35, sisipan Mingguan mStar dalam Sunday Star akan memberi keseimbangan kepada pembaca terutamanya pada golongan pelajar.

"Saya percaya penerbitan akhbar ini akan memberi banyak faedah kepada semua bukan sahaja pada kaum Melayu malah kepada semua kaum di Malaysia.

"Kita sama-sama dapat memanfaatkan segala informasi yang dimuatkan selain penekanan penguasaan bahasa Melayu itu sendiri kepada orang bukan Melayu," katanya yang bertugas dalam bidang swasta.

Manakala bagi Wan Zulkifli Wan Yusuf, 19, seorang pelajar kejuruteraan di sebuah universiti tempatan berkata, Mingguan mStar menarik kerana selain artikel yang dipaparkan berinformasi, penggunaan gambar yang menarik juga turut menarik perhatian.

"Dengan adanya gambar-gambar menarik yang disertakan dalam artikel sekurang-kurangnya pembaca tidak bosan," katanya.

Dalam pada itu, program untuk mempromosikan Mingguan mStar telah berlangsung sejak tiga mingga lalu dan akan berakhir pada 16 Mei depan.

Pasukan promosi akhbar Mingguan mStar akan berada di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai untuk mengedarkan akhbat itu secara percuma.

Langkah tersebut di ambil bagi mempromosikan kewujudan akhbar Mingguan mStar kepada orang ramai.

Pada minggu lalu, pasukan promosi Mingguan mStar telah mengadakan promosi di Tesco Mutiara Damansara dan Berjaya Times Square.

Pelanggan yang melanggan The Star juga sepanjang tempoh promosi tersebut akan mendapat kad ‘Touch and Go’edisi mStar secara percuma selain harga langganan istimewa.

Akhbar yang mengandungi 32 muka surat itu telah dicetak sebanyak 170,000 naskah menjadi sisipan dalam akhbar berbahasa Inggeris Sunday Star hanya boleh didapati di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Shah Alam dan Putrajaya buat permulaan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan