Kerajaan Negeri Tidak Jamin Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selamat Digunakan

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Kerajaan negeri tidak dapat memberi jaminan sama ada Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) selamat digunakan walaupun selepas sisa runtuhan bumbung dibersihkan kelak.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri, Datuk Rahin Mohd Said berkata ini kerana tahap keselamatan struktur stadium itu belum dapat dipastikan selepas menerima impak runtuhan yang berlaku pada 2 Jun lepas itu.

"Saya tidak mahu kata SSMZA boleh digunakan atau tidak kerana kerajaan negeri tidak mahu menanggung risiko sekiranya berlaku apa-apa selepas ia dibersihkan nanti," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan stadium itu selamat digunakan selepas beberapa pihak termasuk pengurus dan jurulatih bolasepak merungut keadaan padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah (SSINS) yang tidak memuaskan untuk perlawanan Liga Super dan Piala FA.

Sebelum kejadian bumbung runtuh itu, SSMZA yang dibina untuk temasya Sukan Malaysia 2008 digunakan sebagai venue kedua-dua pertandingan, namun kini semua perlawanan bola sepak kembali diadakan di SSINS walaupun keadaan rumputnya tidak lagi sesuai untuk tujuan tersebut.

Menurut perancangan, SSINS yang berusia lebih 30 tahun itu akan dirobohkan bagi memberi laluan kepada projek pembangunan bandaraya Kuala Terengganu.

Mengulas lanjut, Rahin berkata pemeriksaan lanjut harus dilakukan ke atas struktur bangunan SSMZA bagi melihat kesan runtuhan bumbung seberat 2,500 tan itu.

Terdahulu Rahin menyampaikan insentif kepada sembilan atlet yang mencatat kejayaan di sukan Asean Paragames Kuala Lumpur 2009. Masing-masing menerima antara RM300 dan RM2,000. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan