Kepimpinan MCA Baru Perlu Kembalikan Keyakinan Rakyat - Tee Keat - Berita Semasa | mStar

Kepimpinan MCA Baru Perlu Kembalikan Keyakinan Rakyat - Tee Keat

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Barisan kepimpinan baru MCA yang akan dipilih pada pemilihan parti 28 Mac ini perlu berusaha dan bekerja keras bagi mengembalikan keyakinan rakyat khususnya masyarakat Cina, kata Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Ong yang mengumumkan semalam untuk bertanding jawatan Presiden, mengakui krisis kepimpinan yang dihadapi MCA telah memberi kesan daripada segi kepercayaan rakyat dan pengundi.

"Apa yang penting, bagaimana kita (MCA) akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina 2010 anjuran MCA Wilayah Persekutuan di sini malam ini.

Ong berkata selaku parti komponen Barisan Nasional, MCA perlu terus berjuang untuk kepentingan dan nasib rakyat Malaysia selepas 28 Mac ini. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan