Dua Terselamat Apabila Pesawat Ringan Mendarat Cemas Dalam Laut

Diterbitkan: Isnin, 15 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LANGKAWI: Seorang juruterbang dan pelatih juruterbang terselamat apabila sebuah pesawat ringan yang mereka naiki melakukan pendaratan cemas di perairan berhampiran Mes Pegawai Polis Pasir Hitam, Ayer Hangat, di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Ishak Hasan berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu kedua-dua mangsa diselamatkan oleh nelayan yang berada di kawasan berhampiran.

"Difahamkan pesawat berkenaan baru berlepas dari pusat latihan untuk sesi latihan pagi tadi, tapi terpaksa melakukan pendaratan cemas setelah dipercayai berlaku kerosakan pada enjin pesawat.

"Pesawat berkenaan mendarat kira-kira 100 meter daripada pantai dan kedua-dua mangsa hanya mendapatkan rawatan biasa di hospital," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata juruterbang dan pelatih berkenaan dipercayai dari pusat latihan penerbangan HM Aerospace Sdn Bhd yang beroperasi di pulau itu.

Ishak berkata setakat ini pihaknya belum menerima laporan daripada pihak yang berkenaan dan punca sebenar kejadian masih disiasat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan