Yen Yen Nafi Terima Rasuah

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen menafikan tuduhan sebuah laman blog yang mendakwanya terlibat dengan rasuah RM2 juta yang sepatutnya digunakan untuk mempromosi produk pelancongan.

Beliau berkata satu laporan polis akan dibuat di Kuala Lumpur esok bagi membersihkan namanya dan sekali gus mengheret pihak yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

"Saya menafikan dakwaan itu, ia fitnah untuk memburukkan nama saya dan keluarga. Saya akan mengarahkan peguam untuk mengambil tindakan lanjut," katanya kepada pemberita selepas taklimat projek menaiktaraf sistem keretapi di sini hari ini.

Artikel di laman blog 'New Kid On Blog' itu mendakwa Ng menggunakan kedudukan sebagai Menteri Pelancongan memberikan kontrak untuk mempromosi produk pelancongan kepada sebuah syarikat milik rakan baik anaknya.

Selain itu, artikel tersebut turut mendakwa Ng mahu program kempen media pelancongan disegerakan untuk menggunakan wang terbabit bagi tujuan peribadi iaitu pemilihan MCA pada 28 Mac ini.

Ng menjelaskan bahawa kontrak untuk program kempen media itu belum diputuskan untuk diberikan kepada mana-mana syarikat kerana ia masih dalam perbincangan.

Sambil mengutuk tindakan tidak bertanggungjawab itu, Ng berkata, semua tuduhan terhadapnya di dalam blog itu adalah tidak benar dan akan mengarahkan peguam mengesan penulisnya.

Sementara itu, beliau juga menafikan bahawa artikel itu dikeluarkan untuk menjatuhkannya sempena pemilihan parti pada penghujung Mac ini.

"Tidak. Saya berasakan ia tiada kaitan dengan parti. Ia hanya untuk menjatuhkan nama baik saya dan keluarga. Saya serahkan perkara ini kepada pihak berkuasa," katanya.

Ng berkata, beliau yakin anggota MCA tidak akan terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan dalam blog itu kerana mereka bijak untuk menilai yang mana betul atau tidak. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:33 PM

Temui Cincin Pada Lobak Selepas 13 Tahun Hilang

Jumaat, 18 Ogos 2017 12:00 PM

Jantina Belum Tahu Lagi! - Ezzaty Abdullah

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Kolumnis

iklan

Iklan