Tiga Lelaki Ditahan Berhubung Kes Serang Murid Tadika - Musa Hassan

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Polis menahan tiga lelaki, seorang daripadanya dipercayai suspek utama dalam kes menyerang murid sebuah Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dekat Muar Isnin lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata ketiga-tiga lelaki terbabit berumur antara 25 hingga 39 tahun ditahan di sekitar Muar pagi tadi.

"Kita percaya (sama ada salah seorang daripada yang ditahan itu adalah suspek utama)... tetapi semuanya masih di dalam siasatan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran Pos Polis Komuniti (PPK) Tan Bestari Indah oleh Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman semalam.

Musa merayu agar anggota masyarakat tampil membantu polis mengenal pasti penjenayah yang bertanggungjawab di dalam kes tersebut, menerusi usaha pengecaman terhadap mereka yang ditahan itu.

Mengenai laporan bahawa penjenayah berkenaan merupakan pesakit mental, beliau berkata perkara itu belum dapat dipastikan lagi.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, Nur Nadhirah Nabilah Mohd Yusri, Alex Tan Jia Yi, dan Vincent Tee Hui Seng, kesemuanya berumur enam tahun cedera di kepala akibat diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman yang menceroboh masuk ke Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman.

Seorang guru Tadika turut cedera.

Mengenai community policing (CP), Musa berkata ia merupakan strategi dalam menjalin kerjasama antara polis dengan masyarakat untuk membanteras aktiviti jenayah.

Katanya polis mencadangkan agar setiap taman perumahan menubuhkan persatuan penduduk yang seterusnya mewujudkan CP bagi membolehkan mereka memantau suasana keselamatan di kawasan penduduk.

"Pos-pos polis komuniti turut akan dibantu dengan kehadiran balai-balai polis bergerak yang akan diperluaskan kehadirannya di seluruh negara," katanya.

Menurut Musa, kerajaan telah meluluskan pembinaan 90 buah balai polis bergerak di seluruh negara dengan lapan buah daripadanya akan diterima bulan depan.

Dalam usaha meningkatkan jumlah anggota polis, katanya beliau telah mencadangkan agar kira-kira 4,000 anggota yang melakukan kerja-kerja pentadbiran dikerah melakukan tugas kepolisan.

"Tempat mereka pula akan diambil oleh kakitangan perkeranian," katanya.

Abdul Ghani pula berkata sebanyak 130 pos komuniti polis akan diwujudkan di Iskandar Malaysia tahun ini dengan peruntukan RM86 juta.

Kehadiran pos-pos komuniti polis di kawasan penduduk itu katanya, akan turut dibantu dengan usaha pemasangan 1,000 kamera litar tertutup terutama di 15 buah "kawasan panas" yang telah dikenal pasti.

"Sebanyak 14 buah kawasan panas yang dikenal pasti sebagai kawasan yang kadar jenayahnya adalah tinggi terletak di dalam kawasan Iskandar Malaysia," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan