Tian Chua Kemalangan, Seorang Maut

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA TINGGI: Sebuah kenderaan yang dinaiki Pengarah Strategik PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua terlibat dalam kemalangan dengan sebuah motosikal ketika mereka dalam perjalanan ke sini untuk menghadiri ceramah malam semalam mengakibatkan penunggangnya maut.

Insiden pukul 9 malam itu, dikatakan berlaku di Kilometer (KM) 49 Jalan Johor Baru-Mersing apabila kereta berkenaan bertembung dengan sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

Penunggang motosikal itu meninggal dunia selepas dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi - dua jam selepas kemalangan tersebut.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Salleh Hamdan, 23, seorang prebet di Kem Tentera Mersing.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Osman Mohamed Sebot berkata, Tian Chua, pemandunya dan seorang lagi penumpang di dalam kereta Mercedes Benz yang dinaiki mereka itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Bagaimanapun katanya, lelaki berusia 45 tahun yang memandu kereta itu kini ditahan buat sementara waktu untuk membantu siasatan.

Sementara itu keluarga Mohd Salleh ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi masih tidak mempercayai yang mangsa telah meninggal dunia.

Tunangnya, Noraliza Said Abd Basar, 26, ketika ditemui berkata, mereka telah saling mengenali antara satu sama lain lebih sembilan tahun dan bercadang untuk berkahwin Jun ini.

“Saya seperti tidak percaya dia telah tiada dan apa yang tinggal kini hanyalah memori indah mereka bersama,” katanya.

Mereka telah melangsungkan pertunangan tiga bulan yang lalu.

Sementara itu bapa Mohd Salleh, Hamdan Saum, 48, berkata, anaknya adalah seorang yang penyayang dan sangat mengambil berat akan hal ehwal mereka sekeluarga.

“Dia jarang mengambil cuti tetapi entah kali ini dia mengambil cuti daripada latihannya dan mahu kembali ke rumah tetapi ini yang berlaku,” katanya yang juga bekas anggota tentera.

Tian Chua pula telah merakamkan rasa sedihnya di atas kejadian malang itu dan berkata, PKR telahpun melancarkan derma kilat untuk membantu meringankan kesengsaraan keluarga mangsa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan