Siasat Pelajar Terpaksa Ikat Perut - Saifuddin

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPANG: Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah mengarahkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) supaya menyiasat keadaan di mana terdapat pelajar yang terpaksa mengikat perut berikutan kekurangan wang untuk berbelanja.

Beliau berkata mahu laporan tentang sejauh mana kebenaran maklumat yang beliau terima itu, punca dan tindakan susulan yang boleh diambil bagi mengatasinya.

"Saya mendapat laporan bahawa terdapat segelintir mahasiswa yang terpaksa ikat perut, mencatu makanan malah ada yang terpaksa bekerja sambilan untuk menampung kehidupan mereka di kampus, sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran pelajar berkenaan.

"Walaupun jumlahnya tidak besar tetapi ia perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan wujudnya fenomena kemiskinan kampus di IPTA," katanya kepada pemberita selepas melancarkan bengkel latihan pelatih institut pengajian tinggi di sini semalam.

Saifuddin berkata kementeriannya memandang serius masalah tersebut kerana setiap mahasiswa berada di bawah tanggungjawab kementerian itu sehingga mereka menamatkan pengajian.

Beliau tidak menolak kemungkinan untuk mengubah dasar pengajian tinggi yang merupakan penyebab kepada masalah berkenaan.

"Saya sedar isu kemiskinan kampus ini bukan isu baru, tetapi ia jarang mendapat perhatian yang sewajarnya.

Dalam suasana kita mengumumkan tentang usaha memperkasakan IPTA dan modal insannya, kita tidak mahu berdepan dengan masalah seperti ini," katanya - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan