Ramai Lagi PKR Akan Keluar Parti

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: Sekurang-kurangnya 10 lagi Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.

ADUN Lunas (Bebas) Mohd Radzhi Salleh berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.

Beliau berkata pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada anggota, penyokong parti dan orang ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu, di sini,hari, katanya beliau sendiri akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini.

Mengenai dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana telah dibeli oleh Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti.

Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen "Bajet PR Kedah 2010" yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.

Hadir sama di majlis tersebut dan menyampaikan elaun kepada Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Anggota Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada ADU Ndan Anggota Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai anggota Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan