Pilihan Raya MCA: Tee Keat Akan Pertahankan Jawatan

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti 28 Mac ini.

Beliau berkata banyak urusan yang masih belum diselesaikan sepanjang memegang jawatan Presiden dan oleh kerana itu, beliau membuat keputusan mempertahankan jawatannya.

"Saya mengisytiharkan untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden MCA," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini semalam.

Turut sama ialah penyokong-penyokong beliau yang berkemeja-T berwarna jingga bagi memberikan sokongan moral kepadanya.

Tee Keat menegaskan bahawa beliau boleh dan akan bekerjasama dengan sesiapa yang pada dasarnya mahu menjaga kebajikan rakyat dan parti.

"Kami bersedia dengan keazaman baru, untuk berjuang menebus harapan yang hampir hilang," katanya.

Malah beliau dan penyokongnya bersedia serta rela mempertahankan hak-hak rakyat Malaysia, terutamanya kaum Cina, untuk merealisasikan impian 1Malaysia.

"Berbekalkan tenaga serta semangat baru, saya yakin kita akan menang hati dan minda semua rakyat negara ini," katanya.

Tee Keat memberitahu, MCA masih berdepan dengan cabaran mendapatkan semula kepercayaan serta keyakinan rakyat serta komuniti seperti yang dijanjikan pemimpin dan pengasas parti dulu.

Katanya, tiada pihak biasanya menyokong usaha ke arah transformasi serta perubahan yang penuh dengan cabaran.

"Saya mengaku keghairahan saya menginstitusikan perubahan dalam parti, saya telah menghadapi beberapa kekecewaan teruk dan mempelajari sesuatu. Bagaimanapun saya berbuat demikian demi kebaikan parti.

"Apa-apa yang tidak memusnahkan seseorang akan membuatkannya lebih kuat. Walaupun meninggalkan kesan semasa tempoh memegang jawatan presiden, saya tampil dengan kekuatan serta harapan baru," ujar beliau.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan