Pelantikan Satu Pengiktirafan Angkat Status Wanita Luar Bandar

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Ketua Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS), senator Doris Sophia Brodie, berkata pelantikannya ke Dewan Negara adalah satu pengiktirafan kerajaan tentang peranan partinya yang berusaha mengangkat status wanita, terutama di luar bandar.

Doris, 49, yang mengangkat sumpah sebagai senator Jumaat lepas berkata pelantikan itu sejajar dengan konsep 1Malaysia, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

Doris, yang juga naib presiden PRS, merupakan senator pertama dari PRS sejak penubuhan parti itu enam tahun lepas.

Beliau berkata fokusnya ialah terhadap isu-isu membabitkan pendidikan dan mewujudkan kesedaran tentang perlunya perubahan pemikiran rakyat luar bandar bagi membolehkan mereka menyertai arus pembangunan perdana.

Doris ialah seorang ahli perniagaan yang mengendali sebuah pusat latihan dan motivasi, Excel Marketing Academy Sdn Bhd. Berikutan pelantikan Doris, kesemua empat parti komponen BN negeri, termasuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) kini mempunyai wakil di Dewan Negara.

Pelantikan itu adalah kegembiraan berganda buat Doris oleh kerana Rabu lepas beliau dianugerah Pegawai Bintang Sarawak (PBS) oleh Yang di-Pertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng di Miri. Presiden PRS Datuk Seri Dr James Masing berkata pelantikan Doris satu penghormatan kepada masyarakat Dayak di samping pengiktirafan terhadap sumbangannya kepada politik Dayak di luar bandar. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan