Kerajaan Perkenal Dua Tabung Pencen Baru Tahun Depan

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Kerajaan akan memperkenalkan skim pencen bekerja sendiri dan usia tua, kemungkinan pertengahan tahun depan di bawah konsep kerajaan penyayang, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan kajian aktuari mengenai dua skim itu sebelum ia dilaksanakan.

"Kami kini di dalam proses memperkenalkan tabung pemberhentian bagi pekerja sektor swasta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada 80 wanita yang menamatkan kursus latihan kemahiran yang dijalankan oleh kementerian di sini hari ini.

Mengenai cadangan dana pencen usia tua, Dr Subramaniam berkata Perkeso perlu menentukan umur minimum dan tempoh pembayaran bagi para pencarumnya.

Bagi skim keselamatan khas sosial bagi mereka yang bekerja sendiri tetapi tidak mencarum dengan Perkeso, beliau berkata kajian teliti perlu dijalankan kerana ia membabitkan isu seperti tempat dan tempoh bekerja.

"Ramai daripada mereka yang bekerja sendiri bekerja dalam tempoh masa yang panjang dan tidak bekerja di satu tempat yang tetap. Jadi, kita perlu meneliti perkara ini," katanya.

Dr Subramaniam berkata kementeriannya kini sedang dalam proses membuat satu draf mengenai kedua-dua skim pencen yang baru ini untuk dikemukakan kepada Kabinet untuk kelulusan.

"Skim ini mesti berterusan. dengan itu, banyak proses terlibat termasuk peruntukan dana dan meminda beberapa akta yang perlu," katanya.

Katanay niat kerajaan adalah bagi memastikan pekerja sektor swasta menikmati faedah pencen yang mirip dengan rakan mereka di dalam perkhidmatan awam.

Dr Subramaniam juga berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memperuntukan dana tambahan kepada kementerian bagi memulakan program baru terutama bagi wanita di kawasan bandar tahun ini. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan