KDN Hantar Surat Tunjuk Sebab Kepada China Press - Berita Semasa | mStar

KDN Hantar Surat Tunjuk Sebab Kepada China Press

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada akhbar berbahasa Cina, China Press, berikutan penyiaran laporan berita eksklusif yang menyatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah mengemukakan surat peletakan jawatan.

"Berita ini didapati tidak benar dan tidak disahkan betul," kata KDN dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu berkata akhbar China Press diminta mengemukakan penjelasan secara bertulis kepada KDN dalam tempoh tujuh hari.

Tindakan itu diambil berdasarkan peruntukan Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301).

"Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan. "Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya."

Akhbar itu, dalam laporannya menyebut Musa akan bersara sebelum Hari Polis pada 25 Mac ini dan tempat beliau akan diganti timbalannya Tan Sri Ismail Omar.

Sumber akhbar terbabit menyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah menerima surat itu.

Hishammuddin dan Musa hari ini menafikan laporan akhbar itu. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan