GST Tidak Akan Dibentangkan Di Parlimen Esok

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA : Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi Parlimen akan datang, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Katanya kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

"Ia (GST) tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua pada sesi (Parlimen) Mac/April kerana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mendapatkan maklum balas dari orang ramai.

"Kami mahukan pendapat orang ramai mengenai GST," kata Husni selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur (DPMMKL) di sini pada Sabtu.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas. Sesi Parlimen akan datang bermula Isnin ini.

Mengenai bila ia akan dibentangkan, Husni berkata: "Ia akan bergantung kepada perbincangan dengan orang ramai mengenai bagaimana rakyat melihat pelaksanaan GST itu.

Jadi, kita tidak menetapkan satu tempoh masa mengenai perkara itu."

GST yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan itu, bermatlamat untuk melebarkan asas cukai dan mengurangkan defisit negara.

Sementara itu, Presiden DPMMKL Datuk Syed Amin Aljeffri berkata dewan itu telah menandatangani memorandum persefahaman dengan ACL Resources Bhd untuk membangunkan satu hotel 12 tingkat di Chinatown, Kuala Lumpur.

"Kami sedang di dalam proses mendapatkan kelulusan dari pihak berkuasa dan akan menyenarai pendek kontraktor sebelum akhir tahun ini. Kami berharap akan memulakan kerja pecah tanah pada awal tahun depan," katanya.

Hotel berharga RM15 juta itu akan dibangunkan mengikut cara bina, kendali dan pindah oleh ACL Resources, yang akan mengendalikan hotel itu selama 60 tahun.

Oleh kerana tanah berkenaan milik DPMMKL, ia akan menerima pendapatan mampan di dalam bentuk perolehan tahunan tetap dari ACL Resources. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan