Donald Lim Tanding Jawatan Naib Presiden MCA

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas naib presiden MCA Datuk Donald Lim Siang Chai hari ini mengumumkan untuk bertanding jawatan sama pada pemilihan baru parti itu 28 Mac ini.

Lim, yang merupakan anggota jawatankuasa pusat MCA, berkata beliau membuat keputusan tersebut selepas berbincang dengan anggota parti serta perwakilan pusat, terutamanya dari Selangor.

"Kebanyakan pemimpin MCA Selangor tidak berpuas hati khususnya apabila presiden (Datuk seri Ong Tee Keat) membawa masuk orang luar untuk memimpin MCA negeri itu.

"Saya percaya Selangor mempunyai ramai pemimpin handal untuk membantu Barisan Nasional merampas semula negeri itu," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ong telah melantik Datuk Wong Foon Meng, yang juga Setiausaha Agung MCA, sebagai pengerusi MCA jawatankuasa perhubungan negeri Selangor.

Turut hadir pada majlis hari ini adalah beberapa ketua bahagian MCA Selangor termasuk dari Sabak Bernam, Gombak, Shah Alam dan Ampang yang menunjukkan sokongan padu mereka kepada Lim.

Pada pemilihan parti 18 Oktober 2008, Lim kalah merebut jawatan Timbalan Presiden MCA dalam pertandingan empat penjuru.

Beliau berharap semua pihak menggunakan kebijaksanaan masing-masing untuk memilih barisan kepimpinan yang berpengalaman dan mampu memberi khidmat kepada parti, masyarakat dan negara.

Sementara itu, dalam satu acara lain, Ketua Pergerakan Wanita MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mengalu-alukan gesaan supaya bekas presiden Tan Sri Ong Ka Ting bertanding semula jawatan tersebut.

"Walaupun Ong belum pasti bertanding, tetapi jika dilihat kepada sejarah MCA, kepimpinannya adalah lebih kukuh dan tiada masalah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Kasih Sayang untuk golongan orang kurang upaya di sini.

Bagaimanapun, Chew dan Lim bersependapat iaitu menghormati keputusan mana-mana calon yang ingin bertanding termasuk Ong (Tee Keat) yang akan mempertahankan jawatan presiden yang disandangnya sejak Oktober 2008. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan