Cubaan Seludup Keluar Gula Dan Minyak Masak Disekat - Berita Semasa | mStar

Cubaan Seludup Keluar Gula Dan Minyak Masak Disekat

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di sini berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 1,007 kilogram gula pasir dan 403 kilogram minyak masak ke negara jiran.

Pegawai APMM Left.(Maritim) Herman Peter berkata barangan bersubsidi dalam bentuk paket seberat satu kilogram setiap satu dirampas dari feri penumpang dan sebuah bot dalam Ops Sejahtera yang dijalankan selama tiga hari yang berakhir hari ini.

Katanya dalam operasi pertama pada 12 Mac, pihaknya merampas 43 paket minyak masak dan 34 paket gula dari dua buah feri penumpang manakala dalam operasi kedua semalam sebanyak 925 paket gula, 275 minyak masak dan 10 paket tepung dirampas dari lima buah feri yang diperiksa.

Dalam operasi jam 4 petang tadi pula, 48 paket gula dan 85 paket lagi minyak masak dirampas dari sebuah bot nelayan yang dalam perjalanan dari Tawau ke negara jiran ketika diperiksa di Tanjung Saima.

Empat orang rakyat asing yang berumur antara 12 hingga 32 tahun di atas bot berkenaan turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Bagaimanapun, tiada tangkapan di dalam semua feri yang diperiksa kerana tiada seorangpun yang mengaku barangan kawalan berkenaan milik mereka," kata Herman kepada pemberita di sini hari ini. BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan