Bacaan Kedua GST Di Parlimen Bergantung Kepada Input Awam - Husni

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Pembentangan cukai perkhidmatan dan barangan (GST)bagi bacaan kedua di Parlimen adalah bergantung kepada input dan penerimaaan rakyat, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata pada masa sekarang pihaknya masih kekurangan input daripada rakyat yang dianggap penting sebelum satu-satu dasar itu dilaksanakan kerajaan.

"Kita sebenarnya telah ada perbincangan dengan sektor swasta dan kita dapati secara menyeluruh sektor itu memahami dan memberi sokongan kecuali ada beberapa badan tertentu yang memberi pandangan secara kritikal.

"Apa yang kita kurang terima adalah input daripada orang awam," katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Mari Membaca 1Malaysia anjuran Perpustakaan Negara dan merasmikan Perpustakaan Desa di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Jelapang Baru di sini hari ini.

Ketika ditanya tempoh masa yang ditetapkan bagi mendapat input daripada masyarakat awam, beliau berkata pihaknya tidak menetapkan tempoh tertentu sebaliknya lebih masa dan ruang diperlukan bagi mengadakan pertemuan dengan sektor itu.

Ahmad Husni berkata perlaksanaan GST dibuat adalah bermatlamatkan untuk rakyat dan ia perlu mendapat pandangan dan maklum balas sektor itu sebelum dilaksanakan sebagai satu dasar negara.

"Apa yang dilakukan kerajaan bermatlamatkan untuk rakyat, contohnya apabila Model Ekonomi Baru disediakan oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara, ia tidak terus dijadikan sebagai model ekonomi yang boleh terus digunakan sebaliknya input daripada semua sektor iaitu kerajaan, swasta dan awam adalah diperlukan," katanya.

Rang undang-undang itu dibentangkan bagi bacaan kali pertama di Parlimen Disember lepas.

Semalam, beliau berkata GST tidak akan dibentangkan bagi bacaan kedua apabila Parlimen bersidang Isnin ini kerana kerajaan memerlukan lebih banyak masa untuk mengumpul maklum balas dari rakyat.

Sistem GST sebanyak empat peratus bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan antara lima dan 10 peratus ketika ini yang dicadang dikuatkuasakan pada suku ketiga tahun depan akan meningkatkan keberkesanan kutipan hasil negara.

Dalam program Mari membaca 1malaysia itu, Perpustakaan Negara dipertanggungjawabkan oleh kerajaan untuk menyemarakkan program membaca di kalangan pelbagai golongan masyarakat dan tabiat membaca itu diamalkan sebagai satu gaya hidup.

Program itu bermatlamat meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan membaca, membudayakan amalan membaca serta menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat dan cintakan ilmu di kalangan masyarakat.

Perpustakaan Desa RPT Jelapang Baru itu telah mula beroperasi Oktober tahun lepas dan mempunyai 2,139 naskah koleksi buku dan 180 anggota berdaftar. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan