Amaran Polis Jangan Sertai Perhimpunan Di Parlimen

Diterbitkan: Ahad, 14 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Othman menasihati orang ramai jangan terlibat dalam sebarang perhimpunan tanpa izin di bangunan Parlimen yang akan bersidang Isnin.

"Saya dimaklumkan risalah mengenai perhimpunan berkenaan telah diedarkan di pelbagai tempat selain disiarkan di internet, oleh itu saya mahu perkara ini dihentikan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

"Kita ada kebebasan bersuara tapi gunakanlah dengan cara yang betul..jangan buat tindakan yang menggugat dan mengganggu orang awam.

"Perhimpunan bukan sahaja mengganggu kelancaran trafik di kawasan berkenaan tetapi juga menggugat ketenteraman negara," tambah beliau.

Polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang.

Penyelaras perhimpuan berkenaan Dr Hatta Ramli dilaporkan berkata kira-kira 2,000 orang akan menyertai perhimpunan itu termasuk anggota Parlimen Pakatan Rakyat, parti pembangkang dan anggota pertubuhan hak asasi manusia yang membantah cadangan untuk melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan