Rakan-Rakan Internet Gembira Dapat Bertemu PM

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakan-rakan internet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasa gembira dan bangga kerana buat pertama kali dapat bersemuka dengan beliau.

Kira-kira 300 rakan internet tersebut dari seluruh negara menghadiri majlis jamuan petang bersama Najib di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Datin Seri Rosmah Mansor dan dua anak mereka, Nooryana Najwa dan Nor Ashman Razak.

"Saya terkejut dan tidak sangka akan menerima jemputan daripada Perdana Menteri untuk menghadiri majlis ini. Saya rasa bertuah kerana terpilih untuk menemui Perdana Menteri daripada beribu rakan internet beliau," kata Muhamad Amirul Shafiq, 16, dari Kuala Kubu Baharu, Selangor.

Muhamad Amirul berkata dia mengambil inisiatif untuk mendaftar sebagai rakan internet perdana menteri kerana itu adalah cara untuk dia berinteraksi dan bertukar-tukar fikiran dengan pemimpin negara.

"Saya dapati Perdana Menteri adalah seorang yang peramah dan sangat dekat dengan rakyat," katanya.

Jefferson Liew, 22, seorang kakitangan kerajaan berkata langkah Najib mengadakan majlis sedemikian sangat baik, sebagai cara untuk menemui rakyat melalui rakan laman blognya.

Beliau turut mencadangkan agar pemimpin dan wakil rakyat lain melakukan langkah yang sama untuk mendekati rakyat.

"Pengalaman menemui Perdana Menteri sangat bermakna dan saya dapati Najib ialah seorang ahli politik yang sebenar dan yang berjiwa rakyat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan