MD KPJ Healthcare, Wanita Pertama Dipilih Menangi Anugerah CEO 2009

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd, Datin Paduka Siti Sa'diah Sheikh Bakir, dipilih menerima Anugerah CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Terbaik Malaysia 2009 semalam.

Beliau ialah wanita pertama dipilih memenangi anugerah itu sejak ia diperkenalkan 15 tahun lepas. Beliau dipilih daripada 118 calon dalam 16 industri.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang diiringi oleh Presiden dan CEO Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Turut hadir ialah Datuk Azman Mohd Zain, ketua panel hakim yang juga pengarah urusan Deloitte Consulting dan Datuk Anthony Bujang, CEO New Straits Times Press (M) Bhd.

Kepimpinan Siti Sa'diah berjaya membawa KPJ menjadi antara kumpulan penjagaan kesihatan utama milik Malaysia.

Dengan aset melebihi RM1.1 bilion dan dana pemegang saham sebanyak RM508.9 juta, beliau juga berjaya meletakkan negara dalam peta dunia sebagai destinasi perkhidmatan dan penjagaan kesihatan pilihan.

"Di KPJ, kami mulakan perniagaan dari asas sifar kira-kira 28 tahun lepas. Kami mengambil masa 27 tahun untuk mencatat perolehan RM1 bilion pertama dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM100 juta," katanya kepada pemberita selepas pengumuman mengenai kejayaan beliau itu.

KPJ, cabang penjagaan kesihatan Johor Corporation, merupakan antara penyedia penjagaan kesihatan swasta utama di rantau ini dengan rangkaian 22 hospital di Malaysia dan dua di Indonesia.

Siti Sa'diah berkata KPJ mengunjurkan perolehan RM2 bilion dalam tempoh dua hingga tiga tahun daripada RM1.4 bilion sekarang, dan menambah syarikat itu sedang mengenal pasti peluang-peluang di Timur Tengah dan Indo-China.

"Industri penjagaan kesihatan masih belum diteroka sepenuhnya. Ia perlu digilap, katanya dan menambah KPJ juga merancang menambah dua hospital dalam rangkaiannya setiap tahun.

Berdasarkan perspektif negara, Siti Sa'diah berkata KPJ merancang bekerjasama dengan hospital swasta bagi menjadikan Malaysia sebagai hab penjagaan kesihatan dunia atau Asia, dan menambah Malaysia menduduki tempat ketiga dalam perkhidmatan penjagaan kesihatan selepas Panama dan Brazil.

"Bersama hospital lain, kami boleh menggerakkan kedudukan Malaysia di tempat pertama dari segi destinasi pelancong perkhidmatan penjagaan kesihatan kerana kita mempunyai infrastruktur," katanya.

Menerusi usaha Malaysia menubuhkan Majlis Pelancongan Penjagaan Kesihatan Malaysia (MHTC) tahun lepas, Siti Sa'diah yakin Malaysia serius dalam mempromosi dan membangunkan industri pelancongan keishatan untuk negara.

Sementara itu, Malaysia Airports Holdings Bhd diumumkan sebagai pemenang Anugerah Inisiatif Kenegaraan Korporat. Anugerah itu diterima oleh Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid.

Anugerah itu yang diperkenalkan tahun ini, bermatlamt memperakui perbadanan yang mencatat prestasi hebat atas usaha mempromosi kenegaraan dan keharmonian. selari dengan 1Malaysia.

Anugerah itu dianjurkan bersama oleh Business Times dan Maybank penerbit kad kredit dan caj American Express. Anugerah itu bertujuan memperakui kecemerlangan kepimpinan di kalangan tokoh korporat utama Malaysia. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan