Islam Hadhari, Gagasan 1Malaysia Elemen Capai Negara Maju

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pendekatan Islam Hadhari dan gagasan 1Malaysia adalah konsep yang mesti dibangunkan secara seiring untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020, kata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Katanya negara maju yang diidamkan bukan sahaja merangkumi bidang ekonomi, tetapi turut meliputi aspek pembangunan peradaban, kemajuan teknologi dan keutuhan sosiobudaya dan perpaduan di kalangan masyarakat.

Beliau memberi contoh cabaran kedua wawasan 2020 yang merujuk kepada keperluan untuk mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, yakin terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang ada dan dicapai serta gagah menghadapi pelbagai cabaran.

"Cabaran ini ada persamaan dengan prinsip ketiga dalam pendekatan Islam Hadhari iaitu rakyat berjiwa merdeka dan kedua-duanya dirangkum dalam gagasan 1Malaysia mengenai budaya kecemerlangan sebagai pencapaian utama," katanya dalam ucaptama syarahan perdana bertajuk '1Malaysia: Jati Diri Kebangsaan Manhaj Islam Hadhari' di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini semalam.

Turut hadir ialah Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam) Sarawak Datuk Daud Abdul Rahman.

Abdul Taib berkata konsep Islam Hadhari juga mampu mengubah persepsi dunia barat terhadap dunia Islam sekiranya ia berjaya dilaksanakan secara menyeluruh.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan