Hishammuddin Nafi Musa Serah Surat Letak Jawatan

Diterbitkan: Sabtu, 13 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEMAMAN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein hari ini menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mengatakan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan telah menghantar surat peletakan jawatan.

Hishammuddin menyifatkan laporan yang memetik sumber itu sebagai pembohongan dan ia adalah sesuatu yang serius.

Sehubungan itu beliau mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Mahmood Adam untuk memanggil editor akhbar terbabit bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.

"Kalau ada sesuatu perubahan berkaitan (peletakan jawatan) saya akan tahu...keadaan hubungan saya dengan Ketua Polis Negara dan timbalannya amat baik sekali.

"Tidak mungkin mereka akan letak jawatan tanpa pengetahuan saya dan saya tahu itu (laporan akhbar) adalah satu pembohongan dan saya akan ambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita di sini selepas merasmikan majlis perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Parlimen Kemaman.

Perarakan sejauh tujuh kilometer mengelilingi bandar Chukai itu turut disertai Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said, Menteri Belia dan Sukan yang juga Anggota Parlimen Kemaman Datuk Ahmad Shabery Cheek dan 405 kontinjen terdiri daripada kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, NGO dan pelajar dari daerah ini.

Hishammuddin berkata beliau mengetahui setiap perkara yang berlaku dalam pucuk pimpinan tertinggi pasukan Polis Diraja Malaysia yang merupakan sebuah jabatan di bawah kementeriannya.

Beliau berkata sebarang perubahan dalam jawatan tertinggi pasukan itu akan ditentukan kerajaan termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan beliau sendiri sebagai Menteri yang bertanggungjawab, dan bukannya berlandaskan spekulasi media.

"Isu berhubung peletakan jawatan IGP bukan hari ini sahaja...tahun sebelum saya jadi Menteri Dalam Negeri pun isu ini dah timbul, jadi kenapa sekarang saya patut layan isu ini.

"Mereka (akhbar terbabit) kena bertanggngjawab. Saya beri amaran keras kepada China Press, jangan buat laporan yang tidak benar dan jika mereka gagal memberikan alasan yang munasabah kita akan ambil tindakan terhadap mereka," katanya.

Beliau berkata setakat ini Musa masih menjalankan tugas seperti biasa dan kontraknya dijangka tamat pada September ini.

Hishammuddin bagaimanapun tidak menafikan akan berlaku perubahan melibatkan jawatan tertinggi PDRM dalam tempoh terdekat berikutan empat pengarah akan bersara tahun ini.

"Dalam masa enam bulan sebelum September, selalunya akan berjalan proses peralihan dan perubahan kuasa, kita akan buat pengumuman. Perancangan PDRM tidak akan berkisar kepada jawatan IGP sahaja kerana empat pengarah jabatan juga akan bersara tahun ini.

"Nanti saya akan umum perancangan itu dalam tempoh terdekat...dan saya telah melihat dan mendapat pandangan setiap lapisan PDRM untuk perubahan dan peralihan kuasa ini. Kita akan lihat satu bab baru dalam pasukan polis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan