Sidang Parlimen Minggu Depan Saksikan Jumlah Wakil Bebas Teramai...

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat yang akan memulakan persidangan penggal pertamanya tahun ini minggu depan akan buat pertama kalinya menyaksikan jumlah ahli parlimen Bebas teramai dalam sejarah parlimen.

Dengan perkembangan terbaru yang menyaksikan tiga ahli parlimen PKR keluar parti manakala seorang lagi dipecat,Dewan Rakyat kini mempunyai tujuh orang wakil rakyat Bebas - yang terbesar dalam sejarah.

Sementara itu dalam isu berkaitan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abd Aziz berkata, ahli-ahli Parlimen yang sama ada dipecat atau keluar dari PKR baru-baru ini boleh kekal sebagai wakil rakyat Bebas di Dewan Rakyat.

Katanya, tidak ada sebarang peruntukkan dalam undang-undang atau peraturan yang mengatakan mereka mesti meletakkan jawatan sekiranya dipecat atau melompat parti.

“Akta Pilihan Raya tidak menyatakan apa-apa perkara tentang itu (mesti meletakkan jawatan),” katanya dalam satu temubual hari ini.

Bagaimanapun kata Nazri, kedudukan kerusi Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) akan disusun semula dan diletakkan sekelompok dengan tiga lagi ahli parlimen Bebas iaitu -Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas, Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Eric Majimbun (Sepanggar), apabila sidang Dewan Rakyat bermula minggu depan.

Menurut Nazri, ahli-ahli parlimen Bebas ini akan diletakkan di antara pembangkang dan Barisan Nasional.

“Kita tidak boleh memperkecilkan peranan mereka kerana mereka sebagaimana yang kita ketahui adalah ahli-ahli Parlimen yang aktif mengambil bahagian dalam perbahasan dan juga kumpulan profesional," ujar Nazri.

Ditanya pandangannya apakah pada masa yang sama pemilihan dalam MCA sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat berlangsung boleh menjejaskan perjalanan dewan, Nazri berkata, ahli-ahli parlimen MCA sentiasa boleh berkempen pada waktu malam.

Beliau juga berkata, mesyuarat mingguan jemaah menteri akan turut ditukar ke hari Jumaat sepanjang tempoh dewan bersidang. Mesyuarat kabinet biasanya berlangsung pada hari Rabu.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan