Pemudah Akan Tambah Baik Lima Bidang Lagi Pada April

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Penambahbaikan akan dilakukan dalam lima bidang lagi oleh Pemudah (Pasukan Petugas Khas Pemudah cara Perniagaan), yang ditubuhkan untuk memudahkan semua aspek menjalankan perniagaan di Malaysia, pada April ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penambahbaikan itu akan meliputi pemerolehan kerajaan, perundangan buruh, mendapatkan perniagaan, berkaitan lesen dan juga kemudahan perdagangan.

"Mungkin banyak lagi, tetapi saya akan mengumumkannya nanti. Kalau tidak terlalu banyak pengumuman dan orang ramai tidak akan mengikutinya," katanya kepada pemberita selepas menerima secara rasmi Laporan Tahunan 2009 PEMUDAH dan melancarkan Buku Garis Panduan Pendaftaran Hartanah di Malaysia.

Najib juga meminta Pemudah supaya menggandakan usahanya dalam menyumbang secara ketara ke arah usaha kerajaan untuk mengubah ekonomi.

"Tahun 2010 perlu menyaksikan tumpuan terhadap peningkatan proses dan kecekapan kerajaan. Kita mesti percepat membuat keputusan termasuk berkaitan dengan dasar, kelulusan dan kontrak," kata beliau.

Perdana Menteri memuji Pemudah kerana menyediakan forum yang cemerlang kepada kerajaan untuk bukan hanya mendengar masalah industri, tetapi juga menyediakan peluang kepada sektor swasta bekerja dengan kerajaan mengenai penyelesaian kepada masalah itu.

"Jelas sekali, Pemudah telah memenuhi lebih daripada jangkaan saya. Memandangkan inisiatifnya menyeluruh dan dilaksanakan secara kerjasama, saya yakin sektor awam akan memberikan sokongan sepenuhnya bagi memastikan penambahbaikan ini dilaksanakan," kata beliau.

"Ini perlu bagi memastikan penambahbaikan menjadi sebahagian daripada sistem," katanya.

Pemudah, ditubuhkan pada Februari 2007, telah menunjukkan sumbangan yang ketara untuk mengkaji semula dasar yang mempunyai asas yang kukuh mengenai persekitaran pelaburan Malaysia.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan