Pembentukan MEB Ambil Kira Kepentingan Semua Kaum, Kata Husni

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan memberi jaminan bahawa kepentingan semua kaum di negara ini akan diambil kira dalam pembentukan model ekonomi baru (MEB).

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan akan mengambil kira semua pandangan pelbagai kaum dan peserta industri mengenai hala tuju ekonomi dalam model baharu itu.

"Kita masih lagi melihat pembangunan negara berlandaskan keperluan setiap bangsa di negara ini dan kita tidak akan mengabaikan mana-mana kaum dalam pembangunan negara," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran akaun simpanan kanak-kanak Mumtaz EONCAP Islamic Bank di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengenai kehilangan kepentingan bumiputera dalam model ekonomi baru itu.

Ahmad Husni berkata semua pihak berhak untuk memberi pandangan dan komen mengenai kerangka MEB itu yang akan dipamerkan kepada semua pihak selepas ia diserahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak oleh Majlis Penasihat Ekonomi Negara dalam tempoh terdekat.

Beliau menjelaskan segala maklum balas dan input dari semua pihak mengenai kerangka MEB itu akan diambil kira kerajaan dalam pembentukan MEB itu kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan