Lahad Datu Perlu Dinaik Taraf Kepada Majlis Perbandaran - Nasrun

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LAHAD DATU: Daerah Lahad Datu yang merupakan antara daerah paling pesat membangun di Sabah perlu dinaik taraf daripada majlis daerah kepada majlis perbandaran, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Datu Nasrun Datu Mansur.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Lahad Datu berkata perubahan taraf berkenaan amat diperlukan bagi memastikan pengurusan bandar itu dapat dilaksanakan dengan lebih cekap selaras dengan kemajuan pesat daerah itu.

"Pihak majlis daerah kini sedang mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan bagi tujuan menyokong permohonan menaik taraf bandar ini. Saya sudah menyuarakan perkara ini kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman dan beliau bersetuju dengan idea berkenaan," katanya.

Datu Nasrun berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyampaian Skim Bantuan Khas Yayasan Sabah kepada pelajar-pelajar sekolah di sini pada Jumaat.

Katanya antara kelebihan apabila Lahad Datu dinaik taraf menjadi majlis perbandaran ialah pentadbirannya akan menjadi lebih cekap dan berkesan kerana keputusan boleh dibuat dengan pantas.

Selain itu, Lahad Datu juga akan berpeluang untuk mendapat peruntukan khas daripada kerajaan seperti yang kini dinikmati dua majlis perbandaran sedia ada di Sabah iaitu Majlis Perbandaran Tawau dan Sandakan.

Menurut Datu Nasrun, pada bulan Februari 2009 sahaja, penduduk Lahad Datu, berdasarkan statistik, berjumlah 308,000 orang dan sekiranya kadar peningkatan sekarang berterusan ia dijangka meningkat kepada 500,000 orang dalam tempoh lima atau enam tahun akan datang.

Katanya salah satu punca kepada pertambahan ketara penduduk berkenaan ialah penghijrahan masuk penduduk dari daerah-daerah lain kerana peluang pekerjaan dan aktiviti ekonomi yang banyak di bandar itu.

Datu Nasrun juga berkata berdasarkan maklumbalas yang beliau terima daripada pihak pemaju hartanah di daerah itu, semua unit rumah atau premis perniagaan yang berharga antara RM200,000 hingga RM500,000 telah habis ditempah meskipun masih dalam pembinaan.

"Kita faham bahawa sebelum membeli hartanah, pembeli akan mengkaji kedudukan hartanah dan potensi ekonominya. Berdasarkan senario sekarang, pembeli memang amat yakin dengan masa depan ekonomi Lahad Datu," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan