KPDNKK Capai Empat Persetujuan: Ismail Sabri

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pertemuan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) hari ini bersama wakil Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Badan Hak Cipta Karya Muzik Malaysia (MACP), Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) dan Performers & Artistes Rights (M) Sdn Bhd (Prism) telah mencapai empat persetujuan bersama.

Menteri KPDNKK, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, Prism diminta supaya menyenaraikan lagu disiarkan serta bayaran royalti yang diterima setiap tahun.

Katanya, ini bagi mengelakkan sebarang salah faham yang mengakibatkan pertikaian mengenai hasil pulangan lagu-lagu artis.

"Sebagai penyanyi, mereka harus tahu berapa lagu yang dimainkan serta bayaran royalti yang diterima. Mereka harus dimaklumkan," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Dalam pertemuan itu, Ismail Sabri berkata, persatuan yang terlibat dalam persembahan meminta pengenaan atau caj ke atas perabot premis dikaji semula.

Katanya, antara persatuan yang terlibat ialah Persatuan Pusat Hiburan Johor dan pusat karaoke mempersoalkan kewajaran set televisyen serta kerusi dikenakan caj.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu, wakil-wakil persatuan juga bersetuju mengaktifkan tribunal hak cipta yang ditubuhkan di bawah Akta Hak Cipta.

Katanya, tribunal tersebut kurang aktif pada tempoh 1999-2003 ekoran tiada kes-kes yang diperdengarkan.

"Memandangkan sekarang terdapat banyak kedengaran kes tidak puas hati pemuzik, penyanyi serta produser, maka mereka ingin mengaktifkan tribunal tersebut supaya mempunyai saluran untuk membangkitkan ketidakpuasan hati mereka," jelas beliau.

Tambah Ismail Sabri, persatuan tersebut bersetuju bekerjasama dengan kementerian untuk menjayakan kempen anti-cetak rompak pada bulan April ini.

Ditanya sama ada perbincangan tentang pertikaian antara Karyawan dan Prism berhubung pengagihan royalti yang dilakukan telah mencapai jalan penyelesaiannya, beliau berkata, rundingan masih dijalankan.

Karyawan mendakwa Prism, agensi yang bertanggungjawab mengutip royalti persembahan artis di tempat awam itu tidak telus.

Ini disebabkan kononnya orang kuat di dalam agensi itu menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan peribadi termasuklah menggunakan kutipan royalti bagi tujuan melancong.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan