Gempa Bumi Sederhana Berlaku Di Laut Banda Indonesia

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter berlaku di Laut Banda, Indonesia pada pukul 5.09 pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia pusat gempa bumi itu berlaku pada latitud 7.8 darjah selatan dan longitud 128.3 darjah timur iaitu kira-kira 1,757km tenggara Tawau, Sabah.

Tiada ancaman tsunami akibat gegaran itu.

Laut Banda ialah laut di Selatan Kepulauan Maluku yang mempunyai kira-kira 150 pulau. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan