13 April Sebutan Kes Tiga Lelaki Bakar Gereja

Diterbitkan: Jumaat, 12 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 13 April untuk sebutan kes terhadap dua beradik dan seorang lagi rakan mereka atas pertuduhan membakar gereja Metro Tabernacle awal Januari lepas.

Hakim S.M Komathy Supiah menetapkan tarikh itu sementara menunggu laporan perubatan daripada doktor yang merawat tertuduh.

Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, adiknya Raja Mohamad Idzham, 22, dan Azuwan Shah Ahmad, 23, didakwa bersama-sama beberapa orang yang masih bebas melakukan khianat dengan membakar Metro Tabernacle Church AG di No 28, Jalan 4/4c, Desa Melawati, di sini pada pukul 11.50 malam, 7 Jan lepas.

Bagi kesalahan itu, kesemua mereka yang bekerja sebagai penghantar surat, didakwa mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 34 kanun yang sama yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Lee Keng Fatt manakala Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Idzham diwakili peguam Zambri Ibrahim. Peguam Rosal Azimin Ahmad pula mewakili Azuwan Shah.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan