Sultan Bukan Plaintif Dalam Kes Cerai Isteri Keduanya

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kelantan, hari ini mengesahkan kes perceraian talak tiga Sultan Kelantan terhadap isteri keduanya, Che Puan Elia Suhana Ahmad, bukan difailkan sendiri oleh baginda.

Ketua Pendaftarnya, Abu Bakar Abdullah Kutty berkata, kes itu difailkan oleh seorang wanita, Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, yang bertindak sebagai plaintif.

Menurutnya, dari segi prosedur, pendaftaran itu sah dan pihak pendaftar mahkamah boleh menerima permohonan memfailkan kes perceraian itu tanpa mengira siapakah individu berkenaan.

"Soal keputusan sama ada perceraian itu sah atau tidak mengikut undang-undang Islam bergantung kepada keputusan Mahkamah yang akan mendengar kes tersebut.

"Saya hanya boleh mengesahkan menerima permohonan untuk mendaftar kes penceraian antara Sultan Kelantan dengan isteri keduanya, Che Puan Elia... berdasarkan dokumen dan fail yang ada pada saya... itu saja," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Abu Bakar bagaimanapun enggan menjelaskan siapakah Nik Rorhana serta pertalian hubungan dengan Sultan Kelantan bagi membolehkan beliau bertindak memfailkan permohonan cerai itu.

Beliau diminta mengulas mengenai status kes tuntutan perceraian talak tiga yang didakwa difailkan oleh Sultan Kelantan di Mahkamah Tinggi Syariah Selasa lepas.

Dua hari lalu, Peguam Syarie Zainul Rijal Abu Bakar mengeluarkan kenyataan media kepada Bernama mengesahkan pihaknya telah memfailkan permohonan pengesahan cerai talak tiga terhadap isteri kedua Sultan Kelantan, Elia Suhana di Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan.

Dalam kenyataan itu Zainul Rijal berkata, mereka telah dititahkan oleh Tuanku Ismail Petra supaya memfailkan permohonan pengesahan cerai tersebut antara Tuanku dan Elia Suhana.

Zainul Rijal dalam kenyataan itu berkata, baginda tuanku telah melafazkan sendiri cerai talak tiga tersebut terhadap Elia Suhana pada 12 Februari 2010 di hadapan beberapa saksi dan mahkamah menetapkan 21 Mac ini bagi mendengar permohonan tersebut.

Abu Bakar berkata, Nik Rorhana, dari Taman Petranis, Jalan Sultanah Zainab II, Kota Bharu, bertindak selaku plaintif manakala Elia Suhana dinamakan defendan.

"Tuanku bukan sebagai pihak yang mendakwa, tidak sebagaimana yang laporkan dalam media sebelum ini. Dari prosedur, kita boleh terima pendaftaran ini, sekiranya ada dalam peruntukan dan tidak dihalang oleh Perlembagaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan