Rumah Anggota Polis Musnah Dalam Kebakaran

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal tinggal sehelai sepinggang apabila rumah kuarters polis yang didiaminya di Balai Polis Pudu, di sini musnah dalam satu kebakaran pagi ini.

Kebakaran kira-kira 11 pagi itu memusnahkan lebih 80 peratus unit yang didiami Lans Koperal Rosmin Tunggal sekeluarga di tingkat tiga, kuarters empat tingkat itu dalam tempoh kira-kira 20 minit.

Harta benda serta dokumen penting gagal diselamatkan memandangkan ketika kejadian tiada penghuni berada di rumah itu.

Rosmin, 40, sedang bertugas di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ketika kejadian manakala isterinya Hanida Mat Yusop, 40, seorang suri rumah berada di rumah ibu saudaranya yang terletak berhampiran dan lima anak-anaknya pula bersekolah.

Bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira 11.08 pagi dapat mengawal kebakaran dari merebak ke unit kuarters jiran dan bangunan itu.

Rosmin, 40, yang ditemui di tempat kejadian berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya yang mendapatkan maklumat mengenai kebakaran itu melalui jiran-jiran.

"Apabila kami sampai di rumah api sedang marak dan kami tidak dapat menyelamatkan sebarang harta benda termasuk dokumen-dokumen penting," katanya.

Norhesmah Bitting, seorang jiran yang tinggal bersebelahan rumah Rosmin berkata, beliau menyedari mengenai kebakaran itu selepas terhidu bau asap serta ternampak kepulan asap.

"Saya melihat kepulan asap lantas terus menyuruh anak-anak saya turun ke bawah sebelum jiran di tingkat bawah melaporkan kejadian ini kepada anggota bomba," kata suri rumah berusia 34 tahun itu.

Penguasa Bomba dari Balai Bomba Pudu, Zaini Salleh, yang mengetuai operasi itu berkata, pihak bomba menerima panggilan daripada penghuni kuarters terbabit kira-kira 11 pagi dan kebakaran berjaya dikawal pukul 11.17 pagi.

Selain jentera dari Balai Bomba Pudu, jentera lain yang turut menyertai operasi itu ialah dari Balai Bomba Hang Tuah dan Balai Bomba Tun Razak.

"Kita masih menyiasat punca dan anggaran kerugian tetapi kita percaya kebakaran bermula dari bilik utama berdasarkan keadaan api yang begitu marak," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan