Polis Perluas Usaha Jejaki Lelaki Dalam Kes Serangan Tadika

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MUAR: Polis memperluaskan gerakan menjejaki seorang lelaki dipercayai kurang siuman yang bertanggungjawab mencederakan tiga orang kanak-kanak dan seorang guru tadika di sini pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Muar ACP Nasir Mohamad Ali berkata pihaknya yakin lelaki itu masih berada di sekitar daerah itu.

"Kita masih meneruskan gerakan mengesan meliputi kawasan perumahan dan kampung-kampung di sekitar bandar ini dan akan mengerahkan lebih ramai anggota jika perlu," katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Kami juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Muar di talian 06-9526222, atau menghubungi saya sendiri di talian 019-7000150, katanya.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi semalam, seorang lelaki telah menceroboh Tadika Sinario di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman di sini dan bertindak menyerang dan mencederakan seorang guru wanita dengan tukul besi yang dibawa apabila ditanya tujuannya masuk ke tadika itu.

Lelaki itu kemudian menjadi semakin ganas dan menyerang kanak-kanak yang pada ketika itu sedang menikmati makan pagi dan mengakibatkan tiga daripadanya cedera.

Nasir berkata keadaan ketiga-tiga kanak-kanak itu yang kini dirawat di Hospital Pakar Sultanah Aminah Johor Bahru adalah stabil.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak panik dengan kejadian itu yang disifatkan sebagai terpencil. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan