Pelatih Juruterbang Sempat Lihat Kipas Pesawat Tercabut Sebelum Terhempas

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Pelatih juruterbang Asia Pacific Flight Training Tuan Ahmad Huzaimi Mohamad Kamal berkata beliau sempat melihat kipas kapal terbangnya tercabut serta bahagian atas pesawatnya melayang sebelum ia terhempas di kawasan sawah padi di Bachok kelmarin.

Menceritakan detik cemas yang dilalui bersama kaptennya, Ramesh Maru Thieappan, 30, mangsa, Tuan Ahmad Huzaimi, 29 berkata, kejadian itu berlaku selepas sejam mereka membuat latihan penerbangan apabila merasakan ada gegaran pada enjin pesawat berkenaan.

"Setelah satu jam mengadakan latihan penerbangan, kami mahu berpatah balik ke landasan tetapi dalam perjalanan berkenaan kami merasakan ada gegaran pada enjin pesawat kami dan jurulatih berusaha untuk menghubungi menara kawalan.

"Bagaimanapun pesawat kami tidak dibenarkan mendarat kerana terdapat pesawat lain yang menggunakan laluan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian dekat sini semalam.

Beliau berkata, keadaan ketika itu sangat cemas apabila kipas pesawat terbabit dan bahagian atas pesawat itu tercabut.

"Pesawat berkenaan kemudian berlegar-legar di atas kawasan kediaman orang kampung dan pesawat mula bergegar, tetapi kami sedaya upaya mengawal perasaan agar tidak panik supaya dapat mengawal keadaan," katanya.

Menurutnya, sebaik pesawat itu terhempas, beliau yang kesakitan kemudian menanggalkan tali keledar dan terus keluar untuk mendapatkan bantuan daripada penduduk kampung.

Tuan Ahmad Huzaimi berkata, beliau dan kaptennya bersyukur kerana terselamat meskipun beliau mengalami keretakan pada kaki kiri dan luka kecil di kepala manakala Ramesh hanya terseliuh di kaki.

Tuan Ahmad Huzaimi adalah anak kedua daripada lima beradik dan berasal dari Tumpat mula memandu pesawat pada 17 Februari lalu dan penerbangan itu merupakan penerbangan kali ketujuhnya.

Menurutnya, beliau memulakan pengajiannya pada Oktober 2009 dan menjalani praktikal selama enam bulan dan akan menamatkan pengajian dalam masa setahun. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan