Pakar Neurologi Sahkan Kecederaan Tiga Murid Tadika Tidak Babitkan Masalah Pada Otak

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Pakar neurologi Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini mengesahkan tiga murid tadika yang cedera di kepala akibat diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki kurang siuman di sebuah tadika di Muar semalam, tidak mengalami sebarang masalah pada otak mereka.

Perkara itu dinyatakan oleh pakar berkenaan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robia Kosai yang melawat murid berkenaan di hospital itu hari ini.

Pemeriksaan oleh pakar neurologi mengesahkan kecederaan pada semua kanak-kanak itu tidak melibatkan sebarang masalah kepada otak, katanya kepada pemberita.

Katanya ketiga-tiga mereka, Nur Nadhrah Nabilah Mohd Yusri, Alex Tan Kar Eik dan Vincent Tay Hui Seng, kesemuanya berumur enam tahun, yang mengalami retak di kepala, dipindahkan dari Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar ke HSA petang semalam kerana HSA mempunyai ramai pakar neurologi.

Semalam, tiga murid dan seorang guru Tadika Sinario, di Lorong Haji Ali, Jalan Abdul Rahman, Muar cedera selepas diserang dengan tukul besi oleh seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman yang menceroboh masuk pada kira-kira 10.30 pagi.

Dr Robia berkata Vincent yang kelihatan sihat dijangka dibenar keluar hospital esok manakala Alex dan Nur Nadhrah Nabilah perlu menjalani satu lagi pemeriksaan di kepala, hari ini.

Beliau menasihatkan ibu bapa kepada kanak-kanak di Tadika Sinario supaya membawa anak-anak mereka menjalani kaunseling bagi menghilangkan kesan trauma akibat kejadian itu.

Menyifatkan kejadian serangan itu sebagai di luar jangkaan, Dr Robia meminta semua tadika di negeri ini meningkatkan keselamatan dan menjalankan pengurusan mengikut prosedur yang ditetapkan.

Sementara itu, ibu Nur Nadhrah Nabilah, Farah Asyikin Abu Samah, 27, berkata anaknya hanya mengalami muntah-muntah sedikit sejak dimasukkan ke HSA petang semalam.

Katanya, dia mungkin menukarkan anaknya ke sekolah lain kerana Nur Nadhrah Nabilah tidak mahu lagi ke sekolah berkenaan.

Ibu Alex, Tay Mui Ling, 31, pula berharap penyerang anaknya itu dapat ditahan segera oleh polis bagi mengelakkan kejadian serupa berulang. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan