Muhyiddin: Jurang Pencapaian Pelajar Bandar-Luar Bandar Dalam SPM Masih Ketara

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KINABATANGAN: Jurang perbezaan pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini masih ketara, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata beberapa usaha dan langkah sedang diambil bagi mengurangkan seterusnya mengatasi jurang berkenaan secara berperingkat-peringkat.

"Kita akan mengambil perhatian supaya jurang tersebut tidak terus meluas," katanya kapada pemberita ketika mengulas mengenai keputusan peperiksaan SPM 2009 yang diumumkan hari ini selepas menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di SK Bukit Garam di sini hari ini.

Muhyiddin berkata selain jurang perbezaan pencapaian murid antara bandar dan luar bandar, turut diberi perhatian oleh kementerian ialah pencapaian pelajar bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran tertentu serta bilangan pelajar wanita yang lazimnya lebih ramai cemerlang daripada lelaki.

Katanya antara langkah-langkah yang sedang diambil bagi menangani masalah berkenaan ialah menempatkan guru-guru terbaik termasuk di luar bandar.

"Minggu lepas saya telah umumkan yang kita akan laksanakan satu sistem penempatan guru ini di mana setiap guru sepatutnya bersedia untuk berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.

Muhyiddin berakta perbezaan infrastruktur dan kemudahan sekolah bandar dan luar bandar yang masih wujud sehingga menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran juga akan dimbail kira bagi mengatasi masalah itu.

Mengenai pengurangan bajet untuk kementerian itu, Muhyiddin berkata ia berlaku kepada semua kementerian.

"Bagaimanapun, baru-baru ini bila kita bawa semula kepada pengetahuan Perdana Menteri dan beliau bersetuju untuk menambah peruntukan," katanya.

"Dalam situasi ekonomi kita begini dan belanjawan kita yang agak kurang berbanding dahulu, kita minta supaya pengurusan sekolah dapat berjimat cermat dalam soal penggunaan air dan elektrik.

"Kalau boleh kurangkan 10 hingga 20 peratus daripada biasa. Bukan bermakna kita potong bajet, cuma itu boleh menyelamatkan banyak kewangan kita," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan