Kerajaan Pulau Pinang Sedia Disiasat SPRM Berhubung Skim Warga Emas

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Kerajaan negeri bersedia untuk disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung Skim Warga Emas Pulau Pinang yang didakwa berunsurkan rasuah oleh Parti Gerakan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, beliau dan ahli-ahli Exco kerajaan negeri yang lain bersedia untuk disiasat dan akan bekerjasama dalam membantu siasatan itu.

"Kalau hendak siasat, kami bersedia disiasat tetapi skim itu tetap akan diteruskan seperti yang telah dijanjikan kerana pihak kami tidak mendiskriminasi mana-mana kaum, atau latar belakang politik," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang, Oh Tong Keong semalam yang mendakwa kerajaan negeri memberi rasuah kepada rakyat untuk memenangi pilihan raya akan datang menerusi skim itu dengan setiap seorang menerima RM100.

Lim berkata, kerajaan negeri telah membincangkan perkara itu dengan mendalam dan akan tetap meneruskan program itu.

"Pihak kami tidak akan tunduk kepada ugutan Gerakan itu kerana tindakan Gerakan ini seperti ingin mensabotaj program ini," katanya.

Tambahnya, semua warga emas yang telah berdaftar sebelum 8 Mac akan menerima wang mereka awal bulan depan dan kepada mereka yang masih belum berdaftar, mereka harus bertindak cepat. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan