Kahwin Bawah Umur Perlu Kebenaran

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Masyarakat Islam di Kelantan yang ingin mengahwinkan pasangan bawah umur boleh meminta kebenaran atau pengecualian daripada kadi dengan memberi alasan yang munasabah, kata Ketua Hakim Syariah Negeri Kelantan Datuk Daud Mohamad.

Beliau berkata bahawa tanpa kebenaran itu, mereka boleh dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya sekali oleh Mahkamah Syariah berdasarkan peraturan Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan (EKINK) 2002.

Menurutnya peraturan mengenakan syarat umur pasangan itu dibuat bagi mengelak berlaku perceraian kerana pasangan yang berkahwin di bawah umur dianggap tidak matang.

Beliau diminta mengulas kontroversi seorang budak perempuan berusia 11 tahun dikahwinkan dengan lelaki berusia 40 tahun kerana didakwa mengamalkan ajaran mencurigakan di Kampung Jelawang, Kuala Krai, baru-baru ini.

Daud berkata Seksyen 8 EKINK 2002 tidak menyekat pasangan bawah umur untuk berkahwin tetapi dengan syarat mereka mendapat kebenaran bertulis daripada Pejabat Kadi atas alasan yang termasuk pasangan terbabit mempunyai tahap kesuburan dan kematangan yang cukup.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan Negeri, Wan Ubaidah Wan Omar, pula berkata kerajaan negeri akan menyiasat perkahwinan pasangan di Kampung Jelawang itu. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan