Gempa Bumi Di Kenyir Mungkin Berkait Kejadian 1980-an

Diterbitkan: Khamis, 11 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah yang berlaku di empangan Kenyir semalam mungkin berkait dengan kejadian yang sama di kawasan itu lebih 20 tahun lepas atau proses pelepasan gas tektonik.

Pengarah Bahagian Geofizik dan Tsunami Jabatan Meteorologi Malaysia Dr Rosaidi Che Abas berkata Kenyir dilanda gempa bumi kekuatan 4.6 pada skala Richter sekitar 1980-an sewaktu proses pengisian air empangan tersebut.

Semalam, satu gempa bumi berukuran 2.6 pada skala Richter berlaku di situ, berpusat 43 kilometer barat daya Kuala Terengganu dan 22 kilometer barat Kuala Berang, Terengganu.

"Jadi gempa bumi yang berlaku semalam mempunyai dua kemungkinan, sama ada disebabkan kejadian empangan 20 tahun lepas, ataupun proses pelepasan gas tektonik dari garis sesar ataupun garisan gempa bumi Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

"Kes semalam merupakan kes yang pertama selepas tahun 80-an, dan kita akan bekerjasama dengan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG)untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian semalam," katanya lagi.

Rosaidi berkata orang ramai tidak perlu bimbang kerana gempa bumi berskala 2.6 dianggap lemah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan