Remaja OKU Dirantai Di Rumah Perlindungan

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Remaja malang yang ditemui dirantai di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho di Melaka harin ini. Foto A.MALEX YAHAYA
Remaja malang yang ditemui dirantai di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho di Melaka harin ini. Foto A.MALEX YAHAYA

MELAKA: Akibat sangsi dengan bilik berkunci di sebuah rumah yang menjalankan operasi menjaga orang tua dan orang kurang upaya (OKU), Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka Tengah berjaya menyelamatkan seorang remaja pesakit mental yang dirantai dalam keadaan kelaparan di sini semalam.

Remaja malang itu ditemui slepeas kakitangan jabatan terbabit membuat pemeriksaan mengejut di sebuah rumah di Jalan Laksamana Cheng Ho selepas menerima laporan bahawa kediaman itu menjalankan operasi tanpa permit.

Dia yang berusia 19 tahun ditemui sedang duduk di lantai dalam bilik yang terbuka dengan kaki kanannya dirantai dengan mangga pada jeriji tingkap.

Pegawai kebajikan, Saidatul Aini Jafri berkata, mereka mendapati terdapat bilik yang dikunci di rumah berkenaan dan menyoal pemilik kediaman terbabit mengenainya.

"Lelaki itu mendakwa rumah itu digunakan sebagai kediaman pekerjanya tapi saya lihat rasa ada yang tidak kena dan memintanya membuka bilik itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, mereka terperanjat melihat remaja lelaki yang dalam keadaan yang sangat lemah. Saidatul berkata, lelaki berusia lingkungan 40-an yang menjalankan operasi secara haram itu mendakwa, remaja itu terpaksa dirantai kerana sikap agresif selain mencederakan dirinya sebelum ini.

“Apapun alasannya, ini bukan cara menjaga manusia apatah lagi OKU yang tidak tahu apa yang berlaku di sekelilingnya," tambahnya.

Remaja itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Berdasrkan siasatan awal, beliau memberitahu, remaja lelaki itu berasal dari Linggi, Negeri Sembilan yang dihantar ke rumah itu oleh ahli keluarganya dua bulan lalu selepas enggan memeliharanya lagi.

Pusat penjagaan itu, katanya, memiliki 23 penghuni akan didaftarkan dengan pihak berkuasa terbabit.

Mengenai remaja itu, tambahnya, pihaknya akan mendaftarkan dia di mana-mana pihak kebajikan yang berkaitan untuk menempatkannya di rumah yang lebih selesa.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan