Pembalakan Haram: Jabatan Perhutanan Perak Diarah Sedia Laporan Lengkap

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Jabatan Perhutanan Perak hari ini diarah menyediakan laporan lengkap berhubung dakwaan berlakunya kegiatan pembalakan haram di kawasan pergunungan berhampiran sempadan Perak dan Pahang berdekatan Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, hanya menerusi laporan itu beliau dapat mengesahkan dakwaan tersebut yang dilapor media pada Ahad lepas.

"Kita tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan kita akan berusaha untuk mendapatkan kebenaran apa yang berlaku sebenarnya. Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini.

Beliau bagaimanapun menegaskan tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pihak yang didapati terlibat dengan kegiatan itu.

Zambry diminta mengulas laporan media itu yang antara lain menyebut sepasukan pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menumpaskan kegiatan pembalakan haram di kawasan itu dalam operasi bersama Jabatan Perhutanan Perak dan Rela pada Sabtu lepas.

Dilaporkan dalam operasi yang bermula kira-kira pukul 9 pagi beratus batang balak yang baru dipotong dan dianggar bernilai jutaan ringgit serta beberapa jentera berat yang berada di kawasan itu disita, dan jurucakap SPRM dilaporkan berkata, kegiatan itu melibatkan kawasan hutan seluas kira-kira 100 hektar.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, pihaknya mengalu-alukan tindakan SPRM untuk menyiasat beberapa syarikat yang terlibat dengan kegiatan pembalakan di kawasan itu serta mendapatkan keterangan beberapa pegawai Jabatan Perhutanan negeri bagi membantu siasatan.

Mengulas perkara berkaitan, Zambry berkata, pihaknya akan meningkatkan keupayaan Jabatan Perhutanan negeri termasuk menambah bilangan tenaga kerja bagi memastikan pemantauan yang berterusan dan berkesan.

"Saya juga telah mengarahkan pemantauan melalui kaedah satelit dilakukan ke atas kawasan-kawasan pembalakan yang ada bagi mengenal pasti sama ada berlakunya kegiatan pembalakan haram," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan