Naskhah Natrah Dipertimbang Teks Utama Subjek Sastera Melayu

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran akan mempertimbangkan secara serius untuk menjadikan naskhah Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata sebagai teks utama dalam subjek Kesusasteraaan Melayu peringkat menengah tinggi, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Cadangan itu akan dipertimbangkan secara serius oleh kementerian,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran buku Natrah: Cinta, Rusuhan dan Air Mata karya Datin Seri Fatini Yaacob di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas cadangan yang dibuat oleh Naib Canselor UTM, Prof Datuk Ir Dr Zaini Ujang yang meminta kementerian memberi pertimbangan sebaiknya untuk menjadikan karya tersebut sebagai bahan teks utama di peringkat menengah tinggi.

Menurut Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, Natrah merupakan sebuah karya yang penting kerana merakamkan detik-detik bersejarah perjuangan umat Islam di negara ini dalam mempertahankan kemurnian akidah dan menentang kuasa penjajah.

“Buku Natrah ini amat penting kerana menampilkan dimensi positif kisah Natrah. Yang ditampilkan bukanlah keputusan hakim yang tidak memihak kepada umat Islam, tetapi kejayaan umat Islam dari latar politik dan sosial yang berbeza untuk bangkit bersatu memperjuangkan kemurniaan Islam,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata perbincangan dan dialog antara pemimpin-pemimpin agama yang boleh dijadikan mekanisme pemupukan persefahaman dan penyelesaian konflik secara harmoni.

“Saya percaya bahawa proses perundangan bukanlah satu-satunya cara terakhir untuk menyelesaikan konflik agama.

“Tentunya ada kaedah-kaedah alternatif yang sesuai untuk menangani isu yang amat sensitif,” katanya.

Jelasnya, apa yang penting setiap permasalahan yang dihadapi, penyelesaian perlu dicari bagi menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan hidup masyarakat majmuk.

“Mudah-mudahan dengan adanya persefahaman dan sikap saling hormat menghormati, masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita akan terus menikmati kehidupan yang aman, makmur dan harmoni,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan