Gagal Tangani 'Firaun Kecil' Akan Akhiri Riwayat PKR: Zulkifli

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin, yang dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lepas berkata, riwayat parti itu akan berakhir pada bila-bila masa jika kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR gagal ditangani.

Beliau yang membayangkan seorang lagi individu berkualiti akan meninggalkan PKR tidak lama lagi berkata, isu sebenar bukan bilangan pemimpin yang berbuat demikian tetapi kualiti mereka.

"Bukan bilangan, tetapi kualiti mereka yang keluar parti. Anda boleh lihat orang seperti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan bekas Setiausaha Agung parti, Datuk Salahuddin Hashim...mereka ini adalah orang-orang yang sangat rapat dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tahap integriti mereka tidak boleh dipersoalkan.

"Maksud saya di sini orang yang berkualiti meninggalkan parti, kita tidak mahu kuantiti tetapi kualiti. Saya beri jaminan pada anda, seorang lagi insan berkualiti akan keluar parti tidak lama lagi," katanya semasa temubual secara langsung NST, di sini hari ini.

Zulkifli juga berkata, beliau akan menjadi wakil rakyat Bebas di Parlimen.

Zulkifli, seorang peguam, dipanggil lembaga disiplin parti bagi menjawab isu laporan polis yang dibuatnya terhadap Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dari PAS yang merupakan sekutu PKR, berhubung penggunaan kalimah Allah.

Beliau bagaimanapun bertindak keluar daripada perbicaraan selepas enggan diadili oleh anggota panel bukan Islam. Pada 6 Mac lepas beliau dipecat daripada PKR.

Sebelum itu, beliau pernah mendakwa ada kumpulan 'firaun kecil' dalam PKR berusaha memastikannya dipecat daripada parti.

Zulkifli berkata, beliau juga telah meminta penyokongnya untuk menganjurkan 'roadshow' bagi menjelaskan kedudukannya kepada pengundi dan masyarakat di kawasan Kulim-Bandar Baharu.

"Setakat ini saya telah menerima sokongan menggalakkan terutama daripada pemimpin kanan dan ulama dari PAS dan pertubuhan bukan kerajaan (NG)," katanya.

Ditanya mengenai masa depan karier politiknya, peguam dan ahli Parlimen yang lantang bersuara itu berkata, beliau mungkin menyertai NGO sebagai platform politiknya.

Zulkifli berkata, selepas pemecatannya banyak parti politik datang kepadanya termasuk Umno, PAS dan beberapa NGO, tetapi beliau belum membuat keputusan mengenai langkah seterusnya, termasuk sama ada akan bertanding pada pilihan raya umum akan datang. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan