Empat Lelaki Warga India Maut Dalam Kebakaran Di Kedai Tekstil

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Empat lelaki warga India maut dalam kebakaran di sebuah kedai tekstil di Jalan Pasar, Masai, di sini awal hari ini.

Timbalan Pengarah Bomba dan Penyelamat Johor Syukor Sani Hashim berkata kejadian di kedai dua tingkat separuh papan kira-kira pukul 3 pagi itu turut memusnahkan dua kedai alat tulis dan dua kedai tekstil bersebelahan.

"Dua daripada lelaki itu adalah pekerja kedai berkenaan manakala dua lagi rakan kepada pekerja itu. Kesemua identiti mangsa belum dikenal pasti kerana keempat-empatnya sudah rentung," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Syukor Sani berkata dua mangsa ditemui di tingkat atas, seorang di atas tangga menuju ke tingkat bawah manakala seorang lagi di tingkat bawah kedai berkenaan.

Beliau berkata kesemua mangsa sedang tidur ketika api dipercayai mula merebak dari bahagian hadapan kedai.

Bomba, katanya, menerima maklumat kebakaran itu pada kira-kira pukul 3.15 pagi sebelum dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang serta Johor Baharu berjaya mengawal kebakaran dalam masa 10 minit.

"Kemungkinan wujudnya unsur khianat dalam kejadian ini berdasarkan penemuan satu tong petrol empat liter berhampiran tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata punca sebenar kejadian dan anggaran kerugian sedang disiasat.

Pemilik kedai tekstil berkenaan, Muthu Veeraya, 40, pula ketika ditemui berkata dia sedang berada di ibu negara ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu pada pukul 4 pagi.

"Dua pekerja itu baru bekerja sejak dua hari lepas," katanya yang berniaga di kedai tersebut sejak 16 tahun lepas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan