Dua Muka Baru Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah

Diterbitkan: Rabu, 10 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Kerajaan Kedah hari ini menggugurkan dua anggota exconya iaitu Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh dari PAS, dan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shui dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada senarai exco baru yang diumumkan hari ini.

Menggantikan tempat mereka ialah Adun Air Hitam, Abdul Ghani Ahmad (PAS) dan Adun Sidam, Tan Chow Kang (PKR), manakala lapan penyandang dilantik semula untuk tempoh setahun lagi, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada pemberita selepas majlis pelantikan exco baru, di sini.

"Abdul Ghani akan memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Usahawan manakala Tan Wei Shu pula memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan Pengangkutan.

"Lapan exco yang dilantik semula akan memegang portfolio yang sama dan hanya rombakan kecil sahaja yang akan dibuat," katanya.

Azizan berkata lapan exco yang kekal ialah Datuk Phahrolrazi Zawawi, Datuk Muhamed Taulan Mat Rasul, Datuk Amiruddin Hamzah, Dr Hamdan Mohamed Khalib, Siti Aishah Ghazali, Dr Ismail Salleh, Manikumar Subramaniam dan Lim Soo Nee.

"Kesemua exco itu akan diberikan tempoh tiga bulan untuk membentangkan agenda mereka dan saya sendiri yang akan memantau tugas barisan exco itu sebelum pelantikan semula tahun depan," katanya.

Bulan lepas, Azizan dilaporkan berkata beberapa exco kerajaan negeri mungkin digugurkan bagi memberi peluang kepada orang baru untuk menunjukkan potensi mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan