PKR Pecat Zulkifli Kerana Masalah Disiplin

Diterbitkan: Selasa, 9 Mac 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR)memecat keanggotaan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin kerana masalah disiplin bukan disebabkan parti itu menolak perjuangan Islam.

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan PKR bertindak mengikut prinsip dan perjuangan parti serta tidak akan berkompromi mengenai isu yang melibatkan soal disiplin.

"Ini adalah isu disiplin yang kami telah persetujui secara sebulat suara.

"Kita tak akan lari daripada tanggungjawab ataupun tak adil kepada prinsip parti dan juga Pakatan Rakyat," katanya pada sidang media Pakatan Rakyat di sini semalam.

Media semalam melaporkan Ketua Pergerakan Puteri Umno, Datuk Rosnah Abd. Rashid Shirlin menyifatkan pemecatan Zulkifli dari PKR adalah bukti parti itu secara terang-terangan menolak perjuangan Islam.

Rosnah juga mendakwa perkara berkenaan menunjukkan seolah-olah perjuangan Zulikifli untuk mempertahan dan memperjuangkan Islam sama sekali bertentangan dengan perjuangan barisan kepimpinan PKR.

Tegas Anwar lagi, isu pemecatan Zulkifli tiada kaitan dengan prinsip parti itu dalam menegakkan Islam dan membela nasib orang Melayu.

"Anda tak boleh kaitkan isu disiplin ini dengan isu agama ataupun mengenai kedudukan orang Melayu.

"Ini juga bukan fasal dengar kepada orang Cina atau DAP, ia sangat tak relevan kerana mengenai isu Allah kita sudah jelaskan dengan terpeinci pendirian kita," katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan